Dasar Privasi
Dikemas kini 13 Oktober 2026
Jejak TP Matematik ialah aplikasi pentaksiran bilik darjah untuk Matematik KSSM, dibangunkan oleh BelajarKilat. Halaman ini menerangkan data yang kami kumpulkan, sebab ia dikumpulkan dan cara ia dilindungi, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Data guru
- Nama, nama sekolah dan alamat e-mel.
- Jika anda log masuk dengan Google, kami hanya menerima nama dan e-mel akaun Google anda. Kami tidak mengakses Gmail, Drive atau data Google lain.
- Pilihan persetujuan untuk menerima tawaran produk pendidikan BelajarKilat. Pilihan ini tidak ditandakan secara lalai dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa di halaman Akaun.
Data murid
- Nama murid, nombor giliran dan PIN 4 digit yang dijana untuk kelas.
- Jawapan, markah dan tahap penguasaan (TP) bagi setiap bab.
- Kami tidak mengumpul e-mel, nombor telefon atau gambar murid.
- Data murid hanya boleh dilihat oleh guru yang memiliki kelas tersebut.
Pautan main bebas
- Pautan main bebas (
?main) tidak mendaftarkan sesiapa. Nama yang ditulis, sekolah dan kemajuan permainan disimpan dalam pelayar telefon itu sahaja dan tidak dihantar kepada kami. - Kami menyimpan kiraan penggunaan tanpa nama: jenis kejadian (aplikasi dibuka, hentian dilepasi, ralat teknikal), ID bab, nombor hentian, dan 8 aksara rawak yang dijana dalam pelayar untuk membezakan satu telefon daripada telefon lain.
- Kiraan ini tidak mengandungi nama, sekolah, jawapan atau alamat e-mel, dan tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana individu. Ia digunakan semata-mata untuk mengetahui sama ada aplikasi berfungsi dan berapa kerap ia dimainkan.
- Memadam data pelayar akan memadam aksara rawak itu dan telefon tersebut dikira sebagai telefon baharu.
Tujuan penggunaan
- Membolehkan guru dan murid log masuk serta menggunakan aplikasi.
- Merekod dan melaporkan tahap penguasaan murid untuk Pentaksiran Bilik Darjah.
- Menghantar e-mel berkaitan akaun, seperti menukar kata laluan.
- Menghantar tawaran produk, hanya kepada guru yang bersetuju.
Perkongsian dan penyimpanan
Kami tidak menjual atau menyewakan data kepada pihak ketiga. Data disimpan dalam pangkalan data Supabase dengan kawalan akses, supaya setiap guru hanya boleh melihat kelas sendiri. Aplikasi disediakan melalui GitHub Pages.
Iklan dan pengukuran
Halaman pengenalan (landing) menggunakan Meta Pixel untuk mengukur keberkesanan iklan kami di Facebook dan Instagram. Pixel merekod lawatan, klik ke aplikasi dan bayaran yang berjaya, tetapi tidak menerima nama, e-mel atau data murid. Pixel tidak dimuatkan semasa murid bermain; dalam aplikasi, ia hanya dimuatkan pada saat bayaran guru atau ibu bapa disahkan. Anda boleh mengurus iklan yang dipaparkan kepada anda melalui tetapan iklan akaun Facebook atau Instagram anda.
Hak anda
Anda boleh meminta salinan, pembetulan atau pemadaman data anda dan data murid kelas anda. Apabila kelas dipadam, semua rekod murid dalam kelas itu turut dipadam.